SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA ALUMNI KEPADA PELAJAR TEKNOLOGI BIOINDUSTRI OLEH CIK SUGANTHI RAVI (KAWALAN KUALITI MIKROBIOLOGI-BIOCON SDN BHD)

Pada hari Ahad, 02 Mei 2021, satu sesi perkongsian pengalaman bersama alumni yang diadakan secara maya telah dianjurkan oleh Kelab Teknologi Bioindustri, Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi yang diketuai oleh Dr. Mardawani Mohamad. Cik Suganthi Ravi yang kini bertugas sebagai Kawalan Kualiti Mikrobiologi di Biocon SDN. BHD dan juga merupakan alumni UMK telah dijemput untuk berkongsi perjalanan kerjayanya dan pengalaman bekerja dengan pelajar Teknologi Bioindustri. Sesi perkongsian ini dihadiri oleh lebih daripada 50 pelajar dan 6 orang pensyarah dari Kursus Teknologi Bioindustri.

Sepanjang satu jam sesi perkongsian, para pelajar telah diperkenalkan mengenai teknologi bioindustri dan pentingnya keselamatan dan kawalan kualiti dalam pengeluaran bioproduk. Ia juga merupakan sesi yang membuahkan hasil kerana sebagai alumni beliau juga berkongsi kisah dan pengalamannya yang menarik ketika bekerja sebagai ahli mikrobiologi kawalan kualiti. Sesi diikuti dengan sesi soal jawab di mana para pelajar dapat bertanya kepada penceramah hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan dan mereka mendapat banyak hasil maklumbalas daripada penceramah. Secara keseluruhan, sesi perkongsian dijalankan dengan jayanya, dan banyak maklum balas yang diperolehi daripada pelajar selepas sesi perkongsian tersebut.

Kami berharap para pelajar dapat memanfaatkan sesi perkongsian pengalaman ini. Terima kasih kepada semua pelajar, alumni dan pensyarah yang turut serta dan memberikan komitmen untuk menjayakan program ini. Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi medium perkongsian ilmu dan pengalaman kepada para pelajar.

 

Disediakan oleh:

Dr. Noor Fazliani Shoparwe, 2021